Pantai Klebang terkenal dengan aktiviti menunggang kuda. Sesuai untuk anak-anak sebagai aktiviti riadah di waktu petang. Selain itu, kawasan Pantai Klebang yang berangin sangat sesuai untuk bermain layang-layang. Ramai penjaja yang menjual layang-layang tidak kurang juga yang menjual makanan untuk minum petang sambil beriadah.
Di kawasan Pantai Klebang ini juga ada terdapat timbunan pasir seperti di dalam gambar yang mana jika diligat dari satu sudut ia kelihatan seperti padang pasir. Sangat menakjubkan!
Tidak lupa juga setelah penat beriadah dan berasa dahaga, bolehlah singgah di gerai "Klebang Original Coconut Shake". Gerai ini sangat popular di kalangan orang Melaka dan setiap pengunjung tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati coconut shake di sini.
Sekiranya anda datang pada hujung minggu, pasti akan dapat melihat ramai pelanggan beratur untuk mendapatkan tempahan.
Di Pantai Klebang juga terdapat Musium Kapal Selam yang mana pengunjung dapat melihat sendiri keadaan luaran dan suasana dalaman kapal selam. Kapal selam ini di lengkapi aircond, walaupun lorong laluan agak sempit tetapi sangat berbaloi untuk membuka minda anak-anak untuk merasa sendiri pengalaman berada di dalam kapal selam.
Pernahkan anda tinggal di dalam BUSTEL? Hotel di dalam bas. Hotel budget ini dilengkapi dengan aircond dan dihiasi dalaman seperti hotel.
Beginilah kelihatan ruang dalaman BUSTEL sesuai dengan harga sekitar RM80-120 semalaman.
Selain itu, pasti yg berkunjung dari negeri lain ingin merasa masakan paling istimewa orang Melaka iaitu masak asam pedas. Anda boleh mencubanya di Asam Pedas Claypot, di Kota Laksamana 15km dari homestay. Rasanya pasti tidak mengecewakan.
Sekiranya berada di sekitar Ayer Keroh, bolehlah singgah ke kedai makan Kari Kepala Ikan & Asam Pedas Hjh Rahmah Hj Ibrahim. Terdapat pelbagai masak asam terdiri daripada ikan merah, ikan pari, ikan parang.
Nak cari makanan mamak pula bole la singgah ke Restoran Pak Putra. Di sini disajikan Roti Tempayan @ Roti Naan. Pastikan anda order ayam tandorinya..mmg terbaik..dan pastikan juga anda datang awal kerana ayam tandorinya sgt cepat sold out.Selamat bercuti di bandar Melaka bersejarah..banyak lagi tempat menarik yang belum saya update. Jika ada kelapangan nanti kami akan update untuk memudahkan anda mencari destinasi utk dilawati..